Wednesday, September 4, 2019

Nota Ringkas Tingkatan 4 : Sejarah

Bab 3 : Tamadun Awal Di Asia Tenggara


Image result for tamadun indus




(1) Bukti Kewujudan Tamadun Awal Di Asia Tenggara

a) Catatan China
1. Kang Tai dan Chu Ying – dihantar sebagai utusan China ke Funan
2. Raja Funan Bernama Kaundinya – dipanggil Houen Tien dalam sebutan China
3. Sejarahwan G.Coedes – Funan merupakan kerajaan tertua di Asia Tenggara
4. Menurut G.Coedes lagi – Kerajaan Kedua tertua di Asia Tenggara ialah Champa @ Lin Yi.

 b) Langgam
 1. Jumpaan seni arca berunsur Hindu-Buddha yang dipengaruhi oleh langgam seni arca Amaravati dari India membuktikan kewujudan Funan sejak abad ketiga masihi.

c) Zaman Logam
 1. Hubungan Perdagangan – Penemuan artifak gendang gangsa yang dihasilkan di Batu Buruk,Terengganu dan Sungai Klang,Selangor.

d) Dengan Rom
1. Hubungan Perdagangan – Penemuan artifak manik Rom di Kuala Selinsing,Perak dan Kota Tinggi Johor.

 (2) Ciri-ciri Kerajaan Agraria 

a) Pertanian
1. Kegiatan ekonomi berasaskan pertanian dan penternakan.

b) Lokasi
 1. Kawasan Subur – lembah-lembah sungai Contoh : Dvaravati di Sg.Menam

c) Padi Sawah
 1.Tanaman Utama ialah Padi Sawah kerana ada bekalan air yang banyak.

d) Padi Huma
1. Ditanam di kawasan tanah tinggi yang kurang mendapat air dengan membina teres.

e) Tanaman Sampingan
1. Pisang jagung & Sayuran

f) Rempah
 1. Pelbagai jenis rempah dihasilkan Contoh : Lada hitam & Cengkih

g) Hasil Hutan
 1. Gading, damar, sarang burung dan kayu gaharu.

h) Menangkap Ikan
 1. Di sawah dan sungai

i) Penternakan
1. Lembu, kambing dan ayam.

j) Pemasaran
1. Lebihan hasil dipasarkan kepada penduduk bandar yang tidak terlibat dalam pertanian.

k) Sistem Pengairan
1. Dibina dari sumber air seperti Tasik Tonle Sap.
 2. Membawa kepada perkembangan pertanian di Kerajaan Funan dan Angkor.

(3) (i) Kerajaan Agraria

1. Kerajaan Funan

a) Awalnya
1. Awalnya Kerajaan agraria tetapi berkembang menjadi Kerajaan maritim.

b) Sebab-Sebab
 1. Kedudukan pelabuhan Oc-Eo yang terlindung daripada tiupan angin monsun.
2. Terdapat kemudahan bekalan makanan-minuman.

2. Kerajaan Angkor

 a) Peranan Tasik Tonle Sap

 i) Sumber Air
1. Sumber air utama untuk bekalan air minuman dan mengairi sawah.

ii) Tanah Rata
1. Tanah rata di kawasan sekeliling tasik sesuai untuk penanaman padi sawah.

 iii) Iklim
 1. Panas dan lembab sepanjang tahun – sesuai untuk padi sawah.

iv) Tanah Subur
1. Pada musim kemarau, kawasan di sekitar tasik menjadi mendapan lanar yang subur.

v) Protein
1. Membekalkan sumber protein seperti ikan.

vi) Sistem Air
1. Terusan dibina untuk mengalirkan air ke sawah.

vii) Menampung
1. Bekalan beras yang dihasilkan dapat menampung keperluan penduduk kampung.

(3) (ii) Kerajaan Maritim 

1. Ciri-Ciri

 a) Punggut hasil hutan
1. Pada awalnya mereka menangkap ikan dan memungut hasil hutan.

 b) Pengeluar Logam
1. Mengeluarkan logam seperti bijih timah dan emas.

 c) Pelabuhan Pembekal
 1. Membekalkan hasil tempatan seperti emas dan makanan kepada pedagang.

d) Pelabuhan Kerajaan
1. Pelabuhan pembekal berkembang menjadi kerajaan Contoh : Champa, Kedah Tua, Srivijaya.

e) Pelabuhan Entrepot
1. Kedah Tua dan Srivijaya berkembang menjadi pelabuhan entrepot iaitu bekalkan hasil tempatan kepada pedagang antarabangsa dan beli barang pedagang antarabangsa dan edarkan kepada penduduk tempatan.

f) Penduduk
1. Orang tempatan, Orang laut, Pedagang luar.

g) Bahasa
1. Bahasa Melayu menjadi Lingua franca di Asia Tenggara.

2. Faktor-Faktor Kejayaan

(i) Kedah Tua

a) Strategik
1. Kedudukannya di Selat Melaka melindungi Kedah Tua daripada angin monsun barat daya.

b) Gunung Jerai
 1. Menjadi panduan kepada kapal untuk keluar masuk terutama pada waktu malam melalui nyalaan api.

c) Kemudahan
1. Pelbagai kemudahan disediakan.
   Cth : Gudang

d) Barang Dagangan
1. Kaya dengan hasil hutan seperti rotan dan sumber galian seperti timah dan memperoleh barang dagangan dari luar seperti Teh dan Sutera.

(ii) Srivijaya

a) Strategik
1. Kedudukan strategik di Selat Melaka menjadikan Srivijaya sebagai tempat persinggahan kapal dari  India dan China.

b) Tentera
1. Tentera laut Srivijaya yang dianggotai oleh Orang Laut mengawal perdagangan di Selat Melaka dan menjaga keselamatan kerajaan.

c) Barang Dagangan
1. Banyak barang tempatan dan antarabangsa dibekalkan oleh kawasan taklukannya.

d) Kapal Besar
1. Menurut catatan I-Tsing, Pelabuhan Srivijaya turut dikenali kerana mempunyai kebolehan untuk membina kapal yang besar.

 (4) Kerajaan Agraria dan Maritim 

(i) Perbezaan

a) Kegiatan Utama
1. Kerajaan agraria mengutamakan pertanian.
2. Kerajaan Maritim mengutamakan perdagangan.

b) Kedudukan
1. Kerajaan Agraria - Lembah-lembah sungai utama
2. Kerajaan Maritim - Tepi laut

c) Kegiatan Sampingan

1. Agraria - Mengumpul hasil hutan spt sarang burung.
2. Maritim - Menangkap ikan & Membuat kapal

d) Teknologi
 1. Membina sistem pengairan spt terusan & baray.
 2. Kapal utk jarak jauh & perahu utk jarak dekat.

(ii) Persamaan

a) Agama
1. Dipengaruhi oleh agam Hindu-Buddha dari India.

b) Raja
1. Diperintah oleh raja yang berkuasa mutlak.

c) Dewa-raja
1. Percaya bahawa raja adalah bayangan tuhan di bumi.

d) Hubungan Luar
1. Mempunyai hubungan dgn negara luar khususnya hubungan keagamaan dgn India.

(iii) Saling Bergantung

a) Maritim perlukan Agraria
1. Bahan makanan daripada kerajaan Sailendra di Jawa Tengah.
2. Hasil hutan spt kayu balak untuk membina kapal daripada kerajaan Pegu di Burma.
3. Kenderaan spt gajah sebagai pengangkutan raja dari Burma dan Siam.
4. Tenaga buruh yang mahir spt tukang kayu yang terbaik dibawa dari kerajaan agraria.
5. Barang dagangan spt rempah untuk diperdagangkan kepada pedagang luar dari India dan China.

b) Agraria perlukan Maritim
1. Pasaran untuk barang keluaran spt beras, rotan dan rempah kepada pedagang antarabangsa melalui kerajaan maritim.
2. Barangan mewah spt kain dari India dan tembikar dari China diperoleh daripada kerajaan maritim.

(5) Pengaruh Agama Hindu-Buddha

(i) Cara-Cara Penyebaran

a) Ksyatria
1. Golongan tentera @ ksyatria yang menyebarkan agama Hindu semasa membentuk tanah jajahan di Asia Tenggara.

b) Vaisya
 1. Golongan pedagang @ Vaisya membawa agama Hindu semasa datang berdagang di Asia Tenggara.

c) Brahmin
1. Golongan pendeta @ Brahmin datang ke Asia Tenggara dan mengajar agama Hindu di kalangan penduduk Asia Tenggara.

d) Kebudayaan
1. Penyebaran agama Hindu juga berlaku apabila aspek- aspek kebudayaan India disesuaikan dengan budaya tempatan untuk diamalkan.

e) Perdagangan
1. Perdagangan dua hala wujud apabila pedagang India datang ke Asia Tenggara untuk dapatkan bekalan emas apabila Maharaja Vespian,Rom hentikan penjualan emas kepada India kerana kekurangan bekalan.

 (ii) Kesan-Kesan Dalam Pentadbiran 

a) Dewa-Raja
1. Raja dianggap sebagai bayangan tuhan di bumi yang turut memiliki kuasa sakti.

b) Gelaran
 1. Gelaran raja mula digunakan selepas kedatangan pengaruh agama Hindu-Buddha.

c) Kedudukan Raja
1. Raja mempunyai kedudukan yang tertinggi dalam pemerintahan.

d) Kuasa Mutlak
 1. Raja mempunyai kuasa mutlak dalam segala hal pentadbiran spt tentera dan hubungan luar.

e) Undang-Undang
 1. Semua perintah raja menjadi undang-undang yang wajib dilaksanakan.

f) Derhaka
1. Rakyat takut untuk menderhaka kepada raja kerana percaya raja adalah bayangan tuhan di bumi.

 g) Pertabalan
1. Upacara pertabalan diadakan mengikut adat resam Hindu oleh golongan Brahmin untuk membezakan raja dengan golongan yang diperintah.

h) Orde Kosmos
 1. Raja berkuasa terhadap seluruh alam semesta.
 2. Mendirikan kompleks kota yang melambangkan alam semesta.

 i) Pentadbiran Srivijaya

1. Dalam Pentadbiran pusat terdapat 4 kumpulan anak raja iaitu yuvaraja,pratiyuvaraja,raja kumara dan raja putra.
2. Seorang daripada 3 orang anak raja boleh menjadi raja kecuali raja putra kerana anak gundik.
3. Di bawah anak raja terdapat senapati, ketua pentadbiran pusat.
4. Daerah ditadbir oleh golongan datu yang dilantik oleh raja iaitu parvanda (keturunan raja) & bhupati (orang kaya).

(6) Kesan-Kesan agama Hindu-Buddha dalam kesenian dan Kesusasteraan. 

(i) Monumen (candi)

 a) Ibadat
1. Menjadi rumah ibadat bagi agama Hindu dan Buddha.

b) Memperingati
 1. Untuk memperingati orang ternama spt raja dan peristiwa penting.

c) Abu Jenazah Raja
1. Tempat menyimpan abu jenazah raja dan keluarganya.

d) Patung Utama
1. Tempat menyimpan patung dewa bagi sesebuah kerajaan awal.

e) Lambang Keagungan
1. Menjadi lambang keagungan seseorang raja berdasarkan kehebatan seni bina
2. Contoh : Angkor Wat oleh raja Suryavarman II.

 f) Menghalang Roh Jahat
1. Patung Nandiswara dan Drawapala berperanan menjaga candi daripada dimasuki roh jahat.

 g) Contoh
1. Angkor Wat
2. Candi Borobudur
3. Candi di Lembah Bujang

(ii) Pengaruh Bahasa Sanskrit

 a) Keturunan Raja
1. Batu bersurat Kutei menjelaskan tentang keturunan raja.

b) Amaran Raja
1. Inskripsi di Palembang berkaitan dengan amaran raja kepada rakyat supaya tidak menderhaka.

c) Bidang Intelek
1. Meningkatkan pencapaian intelek masyarakat kerana batu-batu bersurat mempunyai maklumat tentang undang-undang dan pemerintahan raja.

d) Kemahiran
1. Membuktikan masyarakat tempatan mempunyai kemahiran yang tinggi memahat tulisan pada batu bersurat

e) Dalam Bahasa Melayu
1. Mengalami perubahan dalam bahasa melayu spt dukkha- duka, manusa-manusia & dorhaka-derhaka.

f) Ilmu dan Komunikasi
1. Berkembang menjadi bahasa ilmu dan komunikasi kerajaan awal di Asia Tenggara.

g) Kesusasteraan
1. Kesusasteraan India spt Ramayana dan Mahabharata menyumbang kepada unsur mitos kesusasteraan klasik AT.

h) Hikayat
1. Mahabharata diadun unsur tempatan menjadi Hikayat Pandawa Lima dan Ramayana menjadi Hikayat Seri Rama

Sunday, September 1, 2019

Nota padat Pendidikan Islam (T4)


Tajuk 8.1 –  Ketaatan Kepada Rasul

  1. Nabi ialah lelaki yang dipilih oleh Allah SWT diberikan wahyu untuk dirinya sendiri dan tidak wajib disampaikan kepada orang lain.
  2. Rasul ialah lelaki yang dipilih oleh Allah SWT diberikan wahyu untuk dirinya dan wajib disampaikan kepada orang lain.
  3. Nabi mempunyai bilangan yang ramai tetapi bilangan nabi dan rasul yang wajib diketahui seramai 25 orang.
  4. Tugas-tugas rasul;

(i)                 Menyampaikan wahyu Allah SWT kepada manusia.
(ii)               Mengajar manusia cara beribadat kepada Allah SWT.
(iii)             Membimbing manusia mengenal Allah SWT.
(iv)             Untuk menjadi teladan kepada umat manusia.

  1. Seorang rasul adalah merupakan pemimpin dalam sebuah negara, pemimpin keluarga dan masyarakat.
  2. Setiap orang Islam wajib mentaati perintah rasul kerana taat kepada rasul adalah merupakan ketaatan kepada Allah SWT.

Tajuk 8.2 –  Rasul-Rasul yang Wajib Diketahui

  1. Setiap orang Islam wajib beriman kepada 25 orang rasul. Tidak boleh beriman hanya sebahagiannya sahaja.
  2. Nama-nama rasul yang wajib diketahui ialah; Adam, Idris, Nuh, Hud, Saleh, Ibrahim, Lut, Ismail, Ishak, Yaakob, Yusuf, Ayub, Zulkifli, Syuib, Musa, Harun, Daud, Sulaiman, Ilyas, Ilyasak, Yunus, Zakaria, Yahya, Isa dan Muhammad SAW.
  3. Rasul Uluazmi bererti mereka yang cekal hati, kuat keazaman dan amat sabar menempuh pelbagai rintangan dan cabaran dalam menyampaikan dakwah.
  4. Antara 25 orang rasul, hanya lima orang sahaja yang diberi gelaran Ululazmi iaitu;

(i)                 Nabi Ibrahim AS – Baginda diuji oleh Allah SWT dengan perintah menyembelih putera kesayangannya iaitu Nabi Ismail. Baginda juga menghadapi tentangan daripada kaumnya.
(ii)               Nabi Nuh AS – Berdakwah kepada kaumnya selama 950 tahun tetapi hanya beberapa orang sahaja yang beriman.
(iii)             Nabi Musa AS – Baginda hampir dibunuh oleh Firaun yang kejam serta pengikut-pengikutnya.
(iv)             Nabi Isa AS – Tabah mengahdapi tentangan dan ancaman bunuh daripada kaumnya.
(v)               Nabi Muhammad SAW – Baginda tabah menghadapi tentangan dan cabaran daripada kaumnya hingga tahap ingin membunuh baginda.

Tajuk 8.3 –  Sifat-Sifat Rasul

  1. Rasul-rasul mempunyai sifat yang terpuji untuk dicontoh dan diteladani oleh umat manusia.
  2. Sifat-sifat wajib bagi rasul adalah seperti berikut;

(i)                 Siddiq – benar.
(ii)               Amanah – jujur.
(iii)             Tabligh – menyampaikan.
(iv)             Fatonah – bijaksana.

  1. Kepentingan mencontoh sifat wajib bagi rasul ialah;

(i)                 Menjadi seorang yang jujur dalam sesuatu tindakan.
(ii)               Nasihat-menasihati ke arah kebaikan.
(iii)             Maksiat dapat dicegah.
(iv)             Menjadi seorang yang rajin berusaha.

  1. Sifat mustahil bagi rasul ialah;

(i)                 Kizbun – dusta.
(ii)               Khianat – pecah amanah.
(iii)             Kitman – menyembunyikan.
(iv)             Baladah – bodoh.

  1. Sifat harus bagi rasul ialah sifat yang ada pada manusia biasa seperti makan, tidur, berkahwin dan sebagainya.

Tajuk 8.4 –  Kesan Beriman Kepada Rasul

  1. Kita hendaklah mencontohi para rasul sebagai bukti cinta kita kepada
            Allah SWT.
  1. Antara sebab kita perlu mencontohi para rasul;

(i)                 Para rasul menyampaikan perkara yang benar.
(ii)               Para rasul adalah manusia pilihan Allah SWT.
(iii)             Mereka menjadi contoh yang terbaik bagi manusia.
(iv)             Bukti keyakinan kita kepada Allah SWT.

  1. Kesan berima kepada rasul;

(i)                 Terhadap individu – mendapat hidayat daripada Allah SAW dan meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.
(ii)               Terhadap keluarga – membina keluarga bahagia dan melahirkan ahli keluarga kuat beribadat.
(iii)             Terhadap masyarakat – patuh dan taat kepada Allah SWT, rasul dan pemimpin serta mengutamakan perpaduan dan persaudaraan Islam.
(iv)             Terhadap negara – menegakkan hukum dan perundangan Islam dan sistem ekonomi akan bebas daripada sumber-sumber haram.

  1. Menolak sunnah rasul adalah satu kesalahan besar dan neraka adalah balasannya.
  2. Antara akibat menolak sunnah rasul ialah;

(i)                 Hidup dalam kesesatan.
(ii)               Jauh daripada hidayah dan rahmat Allah SWT.
(iii)             Keluarga dan masyarakat porak peranda.
(iv)             Berlaku pepecahan dan pergaduhan dalam masyarakat.
(v)               Maksiat berleluasa dalam masyarakat.

Tajuk 8.5 –  Ismah Rasul

1.      Ismah rasul bermaksud para rasul terpelihara daripada melakukan maksiat, dosa dan perkara yang mencemarkan maruah sebagai seorang rasul.
2.      Hikmah rasul bersifat maksum;

(i)                 Menjadi contoh teladan kepada manusia.
(ii)               Memberi keyakinan kepada manusia tentang risalah yang dibawa.
(iii)             Menjamin kewibawaan nabi dan rasul.
(iv)             Menolak hujah orang yang ingkar ajaran rasul.

3.      Mukzijat ialah perkara luar biasa yang dikurniakan Allah SWT kepada nabi dan rasul.
4.      Tujuan mukjizat dikurniakan kepada nabi dan rasul;

(i)                 Bukti kekuasaan Allah SWT.
(ii)               Bukti kebenaran risalah yang dibawa.
(iii)             Melemahkan musuh-musuh Allah SWT.
(iv)             Menjawab soalan dan menyahut cabaran.

  1. Jenis mukjizat;

(i)                 Mukjizat maknawi ialah mukjizat yang dapat diketahui dengan kekuatan akal fikiran seperti al-Quran.
(ii)               Mukjizat hissi ialah mukjizat yang dapat dilihat dan dirasa dengan pancaindera seperti mukjizat Nabi Muhammad SAW yang pernah membelah bulan, tongkat Nabi Musa menjadi ular dan sebagainya