Sunday, September 1, 2019

Nota padat Pendidikan Islam (T4)


Tajuk 8.1 –  Ketaatan Kepada Rasul

  1. Nabi ialah lelaki yang dipilih oleh Allah SWT diberikan wahyu untuk dirinya sendiri dan tidak wajib disampaikan kepada orang lain.
  2. Rasul ialah lelaki yang dipilih oleh Allah SWT diberikan wahyu untuk dirinya dan wajib disampaikan kepada orang lain.
  3. Nabi mempunyai bilangan yang ramai tetapi bilangan nabi dan rasul yang wajib diketahui seramai 25 orang.
  4. Tugas-tugas rasul;

(i)                 Menyampaikan wahyu Allah SWT kepada manusia.
(ii)               Mengajar manusia cara beribadat kepada Allah SWT.
(iii)             Membimbing manusia mengenal Allah SWT.
(iv)             Untuk menjadi teladan kepada umat manusia.

  1. Seorang rasul adalah merupakan pemimpin dalam sebuah negara, pemimpin keluarga dan masyarakat.
  2. Setiap orang Islam wajib mentaati perintah rasul kerana taat kepada rasul adalah merupakan ketaatan kepada Allah SWT.

Tajuk 8.2 –  Rasul-Rasul yang Wajib Diketahui

  1. Setiap orang Islam wajib beriman kepada 25 orang rasul. Tidak boleh beriman hanya sebahagiannya sahaja.
  2. Nama-nama rasul yang wajib diketahui ialah; Adam, Idris, Nuh, Hud, Saleh, Ibrahim, Lut, Ismail, Ishak, Yaakob, Yusuf, Ayub, Zulkifli, Syuib, Musa, Harun, Daud, Sulaiman, Ilyas, Ilyasak, Yunus, Zakaria, Yahya, Isa dan Muhammad SAW.
  3. Rasul Uluazmi bererti mereka yang cekal hati, kuat keazaman dan amat sabar menempuh pelbagai rintangan dan cabaran dalam menyampaikan dakwah.
  4. Antara 25 orang rasul, hanya lima orang sahaja yang diberi gelaran Ululazmi iaitu;

(i)                 Nabi Ibrahim AS – Baginda diuji oleh Allah SWT dengan perintah menyembelih putera kesayangannya iaitu Nabi Ismail. Baginda juga menghadapi tentangan daripada kaumnya.
(ii)               Nabi Nuh AS – Berdakwah kepada kaumnya selama 950 tahun tetapi hanya beberapa orang sahaja yang beriman.
(iii)             Nabi Musa AS – Baginda hampir dibunuh oleh Firaun yang kejam serta pengikut-pengikutnya.
(iv)             Nabi Isa AS – Tabah mengahdapi tentangan dan ancaman bunuh daripada kaumnya.
(v)               Nabi Muhammad SAW – Baginda tabah menghadapi tentangan dan cabaran daripada kaumnya hingga tahap ingin membunuh baginda.

Tajuk 8.3 –  Sifat-Sifat Rasul

  1. Rasul-rasul mempunyai sifat yang terpuji untuk dicontoh dan diteladani oleh umat manusia.
  2. Sifat-sifat wajib bagi rasul adalah seperti berikut;

(i)                 Siddiq – benar.
(ii)               Amanah – jujur.
(iii)             Tabligh – menyampaikan.
(iv)             Fatonah – bijaksana.

  1. Kepentingan mencontoh sifat wajib bagi rasul ialah;

(i)                 Menjadi seorang yang jujur dalam sesuatu tindakan.
(ii)               Nasihat-menasihati ke arah kebaikan.
(iii)             Maksiat dapat dicegah.
(iv)             Menjadi seorang yang rajin berusaha.

  1. Sifat mustahil bagi rasul ialah;

(i)                 Kizbun – dusta.
(ii)               Khianat – pecah amanah.
(iii)             Kitman – menyembunyikan.
(iv)             Baladah – bodoh.

  1. Sifat harus bagi rasul ialah sifat yang ada pada manusia biasa seperti makan, tidur, berkahwin dan sebagainya.

Tajuk 8.4 –  Kesan Beriman Kepada Rasul

  1. Kita hendaklah mencontohi para rasul sebagai bukti cinta kita kepada
            Allah SWT.
  1. Antara sebab kita perlu mencontohi para rasul;

(i)                 Para rasul menyampaikan perkara yang benar.
(ii)               Para rasul adalah manusia pilihan Allah SWT.
(iii)             Mereka menjadi contoh yang terbaik bagi manusia.
(iv)             Bukti keyakinan kita kepada Allah SWT.

  1. Kesan berima kepada rasul;

(i)                 Terhadap individu – mendapat hidayat daripada Allah SAW dan meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.
(ii)               Terhadap keluarga – membina keluarga bahagia dan melahirkan ahli keluarga kuat beribadat.
(iii)             Terhadap masyarakat – patuh dan taat kepada Allah SWT, rasul dan pemimpin serta mengutamakan perpaduan dan persaudaraan Islam.
(iv)             Terhadap negara – menegakkan hukum dan perundangan Islam dan sistem ekonomi akan bebas daripada sumber-sumber haram.

  1. Menolak sunnah rasul adalah satu kesalahan besar dan neraka adalah balasannya.
  2. Antara akibat menolak sunnah rasul ialah;

(i)                 Hidup dalam kesesatan.
(ii)               Jauh daripada hidayah dan rahmat Allah SWT.
(iii)             Keluarga dan masyarakat porak peranda.
(iv)             Berlaku pepecahan dan pergaduhan dalam masyarakat.
(v)               Maksiat berleluasa dalam masyarakat.

Tajuk 8.5 –  Ismah Rasul

1.      Ismah rasul bermaksud para rasul terpelihara daripada melakukan maksiat, dosa dan perkara yang mencemarkan maruah sebagai seorang rasul.
2.      Hikmah rasul bersifat maksum;

(i)                 Menjadi contoh teladan kepada manusia.
(ii)               Memberi keyakinan kepada manusia tentang risalah yang dibawa.
(iii)             Menjamin kewibawaan nabi dan rasul.
(iv)             Menolak hujah orang yang ingkar ajaran rasul.

3.      Mukzijat ialah perkara luar biasa yang dikurniakan Allah SWT kepada nabi dan rasul.
4.      Tujuan mukjizat dikurniakan kepada nabi dan rasul;

(i)                 Bukti kekuasaan Allah SWT.
(ii)               Bukti kebenaran risalah yang dibawa.
(iii)             Melemahkan musuh-musuh Allah SWT.
(iv)             Menjawab soalan dan menyahut cabaran.

  1. Jenis mukjizat;

(i)                 Mukjizat maknawi ialah mukjizat yang dapat diketahui dengan kekuatan akal fikiran seperti al-Quran.
(ii)               Mukjizat hissi ialah mukjizat yang dapat dilihat dan dirasa dengan pancaindera seperti mukjizat Nabi Muhammad SAW yang pernah membelah bulan, tongkat Nabi Musa menjadi ular dan sebagainya

No comments:

Post a Comment